Friday 27 April 2012

Tips hilangkan mengantuk semasa belajar

salam..
ada soalan ni. 
1. pernah tak semasa belajar dalam kelas, terdengar suara cikgu mengajar jadi sangat merdu, mendayu-dayu? 
2. pendengaran macam dengar macam tidak
3. penglihatan beransur-ansur kabur. nampak sekeliling jadi berganda-ganda, berlapis-lapis? 
4. kepala rasa macam kena hempap dengan batu.. paling tidak pun kepala macam ditarik perlahan-lahan ke atas meja. 
pernah alami? dan akhirnya 'dunia' anda jadi gelap-gelita? hehe. tak pun tengah baca buku, ayat-ayat jadi infiniti? macam tiada penghujung. panjang bebeno. :D itu tandanya anda sedang mengantuk. banyak lagi tanda-tanda lain ni. tipu lah kan kalau tak pernah mengantuk semasa belajar. hee.

jadi untuk entry kali ni, saya kongsi sedikit tips untuk hilangkan mengantuk. check it out! 


1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar
pasang betul-betul niat. kenapa perlu belajar dan untuk apa anda belajar. kalau tersasar, betulkan balik. bila dah pasang niat elok-elok, tanam pulak dalam hati. set dalam minda yang anda perlu belajar untuk mencapai matlamat tersebut. 

tak berkesan? cuba yang ini pulak.

2. Lakukanlah dengan minat. 
adanya minat, semua kerja 'jalan'. ^^ betul. tak percaya cuba sendiri. mula-mula kena kenal, baru boleh minat kan? bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih bersemangat untuk belajar. masing-masing ada cara tersendiri. 

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek.
pendek? iya,pendek. singkat. sekejap. tips yang ini sesuai dengan orang macam saya sendiri. lebih daripada 30 minit, automatik sekeliling jadi kabur-kabur. :D untuk hilangkan mengantuk tersebut, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. kalau anda suka main game, mainlah. yang penting dapat semangat balik untuk belajar, bukan teruskan main game. dalam kelas tak boleh main game, pergi 'usha' muka cikgu atau kawan-kawan. ;p *jangan ikut ayat terakhir*

4. Dapatkan tidur yang cukup
ah, tidak dapat disangkal lagi. no doubt bak kata orang putih. tidur yang cukup akan memastikan anda tidak mengantuk. tidak cukup tidur akan menyebabkan otak letih. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. pokoknya disini, pentingkan kualiti, bukan kuantiti anda belajar. 

5. Minum air kosong 
amalkan minum air masak setiap hari sebab tubuh yang kekurangan air akan cepat merasa letih. sudah letih datanglah mengantuk, ye dak? Letakkan sama air mineral di sebelah meja belajar anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah.

bagaimana? sudah tidak mengantuk? kalau mengantuk jugak, cuba yang terakhir ni. insyaAllah mujarab. ^_^  bukan setakat hilangkan mengantuk, tambahkan minat belajar pun boleh. 

6. Ingat emak ayah
kebanyakan orang akan sedar bila ingat mak ayah. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. feeling.  Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibu dan ayahnya. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.

dan ini tips dari saya sendiri:
kalau rasa mengantuk dalam kelas, bayangkan betapa buruk a.k.a hodohnya muka anda semasa tidur begitu. kemungkinan untuk air liur meleleh juga  tinggi. tambah-tambah pulak ada rakan nakal, ambil gambar dan sebarkan kepada orang lain, sampai pula ke tangan kekasih hati anda ke. ;p malu tak? hehe. 

itu sahajalah yang mampu saya kongsi di sini. semoga kita sama-sama dapat belajar dan tangani rasa mengantuk yang tidak bertempat. TAK ADA ORANG YANG MALAS BOLEH BERJAYA. sekian. 

kredit: Blog

No comments:

Post a Comment