Wednesday 16 May 2012

Rekaan Kulit Buku

salam.. rekaan kulit buku ni dah lama siap, cuma baru sempat nak masukkan ke dalam blog..

cover ni saya buat guna Photoscape.. dan gambar tersebut adalah gambar bunga yang diambil di rumah seorang sahabat.

kulit depan

bahagian tengah

kulit belakang

dan hasilnya:


yang ni saya buat back-up. *suka-suka*

dan ini
sekian. :)

Selamat Hari Guru!

tak sempat lagi update entry. btw, Selamat Hari Guru. ^^

Sunday 13 May 2012

Model 3D Sel Tumbuhan



salam..

Model 3D yang saya hasilkan adalah model bagi sel tumbuhan. model yang mudah bersesuaian dengan silibus Tingkatan 1.

antara bahan yang diperlukan untuk menyiapkan model ini adalah:
  1. kotak 
  2. kertas warna (4 jenis warna)
  3. tisu 
  4. double-sided tape
  5. gunting  
yang putih untuk vakuol saya tak pasti namanya. ^^v biasanya terdapat dalam bekas alat tulis yang dijual supaya bekas tersebut nampak bentuk.

Power Point Tugasan Individu

salam..
slide di bawah adalah power point untuk tugasan individu kelas Teknologi dalam Pendidikan. Subtopik dalam tajuk Sel sebagai Unit Asas Kehidupan iaitu Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan. semoga bermanfaat. ^^   Sel sebagai unit asas kehidupan
View more presentations from surayamn.

Friday 27 April 2012

Tips hilangkan mengantuk semasa belajar

salam..
ada soalan ni. 
1. pernah tak semasa belajar dalam kelas, terdengar suara cikgu mengajar jadi sangat merdu, mendayu-dayu? 
2. pendengaran macam dengar macam tidak
3. penglihatan beransur-ansur kabur. nampak sekeliling jadi berganda-ganda, berlapis-lapis? 
4. kepala rasa macam kena hempap dengan batu.. paling tidak pun kepala macam ditarik perlahan-lahan ke atas meja. 
pernah alami? dan akhirnya 'dunia' anda jadi gelap-gelita? hehe. tak pun tengah baca buku, ayat-ayat jadi infiniti? macam tiada penghujung. panjang bebeno. :D itu tandanya anda sedang mengantuk. banyak lagi tanda-tanda lain ni. tipu lah kan kalau tak pernah mengantuk semasa belajar. hee.

jadi untuk entry kali ni, saya kongsi sedikit tips untuk hilangkan mengantuk. check it out! 


1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar
pasang betul-betul niat. kenapa perlu belajar dan untuk apa anda belajar. kalau tersasar, betulkan balik. bila dah pasang niat elok-elok, tanam pulak dalam hati. set dalam minda yang anda perlu belajar untuk mencapai matlamat tersebut. 

tak berkesan? cuba yang ini pulak.

2. Lakukanlah dengan minat. 
adanya minat, semua kerja 'jalan'. ^^ betul. tak percaya cuba sendiri. mula-mula kena kenal, baru boleh minat kan? bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih bersemangat untuk belajar. masing-masing ada cara tersendiri. 

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek.
pendek? iya,pendek. singkat. sekejap. tips yang ini sesuai dengan orang macam saya sendiri. lebih daripada 30 minit, automatik sekeliling jadi kabur-kabur. :D untuk hilangkan mengantuk tersebut, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. kalau anda suka main game, mainlah. yang penting dapat semangat balik untuk belajar, bukan teruskan main game. dalam kelas tak boleh main game, pergi 'usha' muka cikgu atau kawan-kawan. ;p *jangan ikut ayat terakhir*

4. Dapatkan tidur yang cukup
ah, tidak dapat disangkal lagi. no doubt bak kata orang putih. tidur yang cukup akan memastikan anda tidak mengantuk. tidak cukup tidur akan menyebabkan otak letih. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. pokoknya disini, pentingkan kualiti, bukan kuantiti anda belajar. 

5. Minum air kosong 
amalkan minum air masak setiap hari sebab tubuh yang kekurangan air akan cepat merasa letih. sudah letih datanglah mengantuk, ye dak? Letakkan sama air mineral di sebelah meja belajar anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah.

bagaimana? sudah tidak mengantuk? kalau mengantuk jugak, cuba yang terakhir ni. insyaAllah mujarab. ^_^  bukan setakat hilangkan mengantuk, tambahkan minat belajar pun boleh. 

6. Ingat emak ayah
kebanyakan orang akan sedar bila ingat mak ayah. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. feeling.  Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibu dan ayahnya. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.

dan ini tips dari saya sendiri:
kalau rasa mengantuk dalam kelas, bayangkan betapa buruk a.k.a hodohnya muka anda semasa tidur begitu. kemungkinan untuk air liur meleleh juga  tinggi. tambah-tambah pulak ada rakan nakal, ambil gambar dan sebarkan kepada orang lain, sampai pula ke tangan kekasih hati anda ke. ;p malu tak? hehe. 

itu sahajalah yang mampu saya kongsi di sini. semoga kita sama-sama dapat belajar dan tangani rasa mengantuk yang tidak bertempat. TAK ADA ORANG YANG MALAS BOLEH BERJAYA. sekian. 

kredit: Blog

Thursday 26 April 2012

Bab 1: Respirasi Manusia

Respirasi manusia adalah bab 1 bagi sains tingkatan 3. di sini saya sertakan video tentang sistem pernafasan manusia. 

Sistem Pernafasan Manusia


jantung yang bekerja
 
link nota boleh didapati di Cikgu Naza

Monday 23 April 2012

Bab 1 : Dunia melalui Pancaindera Kita

Memandangkan power point tidak dapat dimuat naik menggunakan bloger, saya sediakan gambar daripada slide tersebut. selamat belajar. :D











untuk mendapatkan topik penuh, boleh pergi ke Blog Cikgu Naza

kredit kepada : Cikgu Naza