Sains & Kehidupan

S&K 1
Tahukah anda, deria bau berkait dengan deria rasa?
contohnya:

<3 Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus)
<3 Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan


oleh sebab  rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung, jadi deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan.

S&K 2 
Bahaya di tangan kita


S&K3 

kenapa minum air semasa makan adalah ditegah?
minum air semasa makan adalah sangat tidak digalakkan. mengambil air atau sebarang cairan boleh mencairkan asid perut dan enzim pencernaan, menyebabkan ia kurang berkesan untuk memecahkan makanan. sebaik-baiknya, minum air 2 jam sebelum dan selepas makan. mengurangkan garam dan rempah dalam makanan akan mengurangkan keinginan untuk minum air sewaktu makan.

S&K4
Fakta menarik!  ^^

 
  1. bayi yang baru lahir menangis tanpa mengeluarkan air mata
  2. kerosakan otak berlaku jika suhu badan melebihi 41 darjah celcius
  3. manusia mengecam muka seseorang menggunakan otak kanan
  4. wanita mengelipkan mata dua kali lebih banyak daripada lelaki
  5. jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan, ia boleh meliputi jalan raya sepanjang sepanjang 96,000 kilometer.